Tuesday, 15 July 2014

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum umat Islam sekalian..ingat E lagi tak??alaa,,budak yang comel2 tu laa,,heheh..gurau je kay..sekadar menghilangkan mengantuk korang malam2 nie..korang sihat tak??macam mana puasa korang??cukup??bagi yang perempuan tu E faham..kita kan istimewa..tapi jangan jadikannya sebagai satu alasan untuk kita tak berpuasa pulak tau??ingat tuu..pesanan ikhlas sesama Islam juga untuk diri sendiri..

So,,apa korang buat masa bulan puasa nie??hope korang tak buat benda2 'laqa' sudahlah..'laqa' means 'perkara yang sia-sia'..jom kongsi dengan E aktiviti korang masa bulan Ramadhan nie..okay..E senang hati nak kongsi dengan korang nie..hopefully korang ambil nie sebagai tips okay??

First sekali..apakah maksud puasa??
Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Syarat-syarat wajib puasa?
1. Islam
2. Baliqh (sampai umur)
3. Berakal
4. Tidak uzur syarie

Tidak sama tau dengan syarat-syarat SAH puasa..syarat SAH puasa ialah :-
1. Islam
2. Berakal
3. Mumayyiz
4. Suci daripada haid dan nifas
5. Niat pada waktu malam bagi puasa fardhu
6. Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
7. Puasa pada hari yang diharuskan

Korang mesti nak tau kan,,perkara-perkara yang membatalkan puasa??nie E nak habaq mai..
1. Muntah dengan sengaja
2. Pengsan atau mabuk sepanjang hari
3. Bersalin
4. Memasukkan sesuatu (objek) ke dalam rongga tubuh badan yang terbuka dengan sengaja
5. Keluar haid atau nifas
6. Gila walaupun sekejap
7. Mengeluarkan mani dengan sengaja
8. Berbuka sebelum yakin masuk waktu
9. Bersetubuh pada siang hari
10. Makan dan minum dengan sengaja
11. Murtad (keluar dari Islam)

So,apa yang kita boleh buat semasa bulan Ramadhan??
1. Tilawah Al-Quran
2. Solat tarawih
3. Sedekah
4. Qiamullail
5. Iktikaf di masjid

Bila kita sebut tentang Ramadhan..apa yang istimewanya bulan Ramadhan nie ehh??haa,,meh E nak habaq kat hampa semua..bulan Ramadhan nie yang istimewanya sebab dalam bulan nie ada malam Lailatul-Qadar iaitu setiap ibadat yang dilakukan pada malam ini adalah lebih baik daripada ibadat seribu bulan..pada malam ini juga,,para malaikat turun ke muka bumi untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba Allah yang beribadat kepadaNya..antara fadilat malam tersebut ialah doa kita akan diperkenankan dan dosa kita juga turut diampunkan serta pahala juga akan berganda..InsyaAllah..Malam Lailatul-Qadar juga istimewa kerana pada malam tersebutlah Al-Quran juga diturunkan..

So,,E harap sangat segala info yang E dah kongsikan nie dapat membantu korang dalam menjalani ibadah puasa kay..jangan tinggal puasa tau..kalau boleh perbanyakkan amalan-amalan sunat seperti bersedekah dan tolong orang-orang yang memerlukan..kalau boleh jangan membazir semasa berada di bazar Ramadhan..Al maklumlah..kita sebagai manusia selalu jer tamak..tambah2 dengan makanan,,langsung tak berkira,,asalkan hati senang dapat makan..kalau boleh tu controlkan sikit yah..elakkan juga daripada tidur sepanjang hari..kalau nak tidur pon dalam setengah jam sudah laa..sekadar 'nap'..okay..perbanyakkan berzikir kepada Allah..itu lagi afdal..okaylah..E harap korang dapat jadikan entry E kali nie sebagai tips korang kay..

Rujukan : Jaguh PMR

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
MARHABAN YA RAMADHAN

Sunday, 16 March 2014

Fitnah Fitnah Fitnah

Assalamualaikum teman-teman sekalian..

Baca tajuk entry macam takut je kan???jangan takut..dijamin tak da hantu kat blog E..heheh
kenapa tajuk entry E kali nie Fitnah??sapa yang difitnah??sapa yang memfitnah sapa??banyak persoalan dia..

benda nie baru ja terjadi dekat E beberapa hari yang lalu..entry E yang sebelum nie pon masih panas lagi tentang kerja E..but now,,I'm resign already..I HATE my PROMOTER...!!!!!this is because of him!!!

nak dijadikan cerita...E seorang yang jenis mengikut arahan..bila orang suruh buat,,E akan buat..tapi benda yang baik je la kan..ada satu hari tuu,,8.3.2014 kalau tak silap E,,E masuk keja pukul 6.00p.m. manakala promoter E shift morning time tuu..balik pukoi 6.30p.m.E ada satu customer nie,,sepasang suami isteri..jam pukul 9.15p.m. time tu,,dya datang kaunter E iaitu Lentino,,try baju BB time tu,,okay,,baju tu elok..cuma dah tak da stok..den dya tanak baju tu..oke fine..dya pergi dari kaunter E..katanya nak tengok baju lain dulu..tak pe laaa...

jam pukul 9.45p.m. time tuu,,dya datang balik kat kaunter E,,try baju lain pulak..nak saiz XL..E pon bagi laa..kebetulan time tu E baru ja handle customer dekat fair..habis ja surve E terus balik kaunter,,,terus sepasang suami isteri tadi tu datang..tadi dya try baju saiz XL kan??now dya nak try saiz XXL pulak..katanya tadi saiz XL terlalu sendat untuknya..tak pa,,E pon bagi laa,,,baju saiz XL tadi dya tak bawa keluar dari fitting room..so takkan E nak masuk ambil den lipat baju tu kot..oke fine..lepas dya try baju saiz XXL tadi tu,,dya cakap kat E baju tu terlalu besar pulak..so dya tanak baju tuu..dya nak baju yang dya try masa 9.15p.m. tadi tuu,,oke fine..E pon bukak bill..jam dah nak dekat pukul 10.00p.m. time tuu...E tak sempat nak lipat baju yang 2 helai customer tu test tadi..so E pon tinggal atas meja kaunter dengan harapan Kak Ida tolong lipatkan..dan dengan harapan jugak dya faham keadaan semalam yang menyebabkan E tak sempat nak lipat 2 helai baju tu..

tekaan E salah sama sekali kerana Kak Ida terlebih dahulu membuat spekulasi bahawa E merupakan seorang part time yang tak boleh diharap..suka jalan kaunter den malas nak buat keja..oke fine..kalau betul2 E orang yang macam tuu,,,kenapa dya sampai sekarang tak pernah tanya E kenapa E tak lipat 2 helai baju tersebut??sebab dya takut kerana dya dah pandai2 buat spekulasi macam tu terhadap E..sedangkan E bukan orang yang macam tuu....dya dah FITNAH E...jahat kan???E sabar jaa..ramai orang dah salah anggap dengan tindakan E pada hari Jumaat yang lalu bertarikh 14.3.2014...E tak lari sebenarnya..

minggu tu merupakan minggu yang stress bagi E sebab nenek E berada dalam keadaan yang tidak mengizinkan...hanya menunggu hari...faham kan???den E ada masalah keluarga sikit..so E plan nak berhenti kerja dulu buat sementara waktu untuk jaga nenek E...hari Jumaat yang lalu E datang kerja..shift noon hari tuu..rehat 5.30p.m. masa E tengah makan dengan kawan2,,tiba2 abah E datang jemput E pergi hospital..abah cakap nenek dak teruk..E pon pegi la hospital..E ingat sempat E balik sini balik,,so E tak buat pass out...ternyata kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..nak dijadikan cerita,,E tak sempat balik..abah cakap tak payah la datang keja balik sebab keadaan nenek dah tak stabil..E dengan tak ada kredit and den line dekat hospital pon teruk,,E tak dapat nak bagitau promoter E yang E tak dapat nak balik keja..anggap ja macam E tak datang keja hari tuu..

yang E sedih sangat,,promoter E terlebih dahulu membuat lagi satu spekulasi bahawa E lari dari tempat kerja E kononnya E nie tak boleh ditegur sikit,,terus merajok den tak datang keja dah..Ya Allah..E rasa macam nak tergelak pon ada jugak..bila E dapat tau yang kawan2 E dengar dya mengadu dekat Miss Teng yang E lari,,Miss Teng tu kamcing gila dengan dya..sampai dya bagitau benda yang salah dekat Miss Teng tu pon Miss Teng tu boleh percaya..Daebak..Miss Teng tu jawatan tinggi lagi dari Kak Ida tuu...wekkkk..geli nak panggil dya kak..eeeuuuuu...

so sekarang nama E dah di black list..sampai Jefri tak bagi E keja kat situ dah..hebat kan tamparan dya..E kena tuntut gaji E..den E nak tegakkan kebenaran..mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi nie..so E adalah orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk menegakkan keadilan dan membongkar segala perangai keji perempuan tuu...InsyaAllah dengan izin dari Nya..E akan berjaya dalam misi E kali nie..mohon doakan E yah..

INGAT 1 BENDA JA DALAM DUNIA NIE,,SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT..AKHIRNYA JATUH JUA KE TANAH..

TANDUK KERBAU AKAN SELALU KE DEPAN..TAK DA YANG KE BELAKANG..

REMEMBER THAT !!!!!

XOXO : E =)

Wednesday, 5 March 2014

Anneonghaesaeyo

Assalamualaikum..jawab jangan tak jawab..dosa tau..heee =)

fuhhhhhhh,,berapa banyak dah serawang yang E dah kumpul pon E tatau dah nie..tak larat nak timbang dah..berkilo-kilo..hatsyiummm..dah merah dah hidung E..otoke??

maaf la kalau E selitkan bahasa Korea dalam Entry E,,dah terbiasa..hee..miane >.<
tajuk Entry tu maksudnya Hello >.<

tak nak tanya ke mana E pegi selama nie sampai tak sempat nak update blog..??hurmm,,,dengan muka yang tebal + malu ,, terpaksalah E ceritakan jugak..hihih..

E kerja u olllssss...tanya la kat mana?oke E jawab..keja part time ja dekat Pacific,,brand Lentino tingkat 3..details sangat..huahua..

senang-senang datang melawat E okay..E rindu sangat kawan-kawan E,,nak lepak sesama macam dulu-dulu..after school dah tak jumpa dah..kalau jumpa pon boley bilang jaa...because semua orang busy dengan hal masing-masing..world

cerita pasal kerja,,banyak benda E nak cerita ngan korang..tu pon kalau nak dengar laa..kalau tak nak cepat-cepat  tekan button X okay..

kerja kat Pacific memang best,,even dya punya peraturan tersangatlah ketat..antaranya,,tak bole bawa fon masa kerja,,main lagi la kan..pakaian kena kemas,,putih sahaja..datang kena awal..of course la..mana-mana tempat keja pon macam tu kan..

selain dya punya peraturan,,E ada ramai kawan-kawan baru,,antaranya Wan Nur Athira,,E panggil dya Tyra jaa,,even dya lagi tua dari E,,hihih..den Kak Pikah,,boleh pulak E panggil dya kak..huhuh..bukan E tak nak panggil Tyra kak,,tapi disebabkan character dya yang tak nampak langsung macam kak..macam sebaya jaa..den minat kitorang yang taksub sangat pasal K-Pop lagi laaa...sampai dah rancang nak pegi Korea sama-sama nanti..hopefully..kena tunggu dya habis bayar PTPTN laa dulu..hahaha...

ada ramai lagi kawan-kawan E,,Nisa GQ,Kak Fasha Arrow,,Kak Mira Smalto,,dah nak kawen nie..Najwa Dr. Cardin,,Iqbal Larrie,,Laila Smalto..ramai lagi laa..hahaha..sory tak sebut nama korang..banyak sangat..

diorang nie semua hapening sangat..havoc havoc havoc...hahahah...sayang korang ketat-ketat..E dah anggap korang semua macam family E..so kalau E terbuat salah apa-apa,,just tegur ja okay..i will improve it..hahah

okay laa..E pon dah malas nak over night,,katil pon dah merajok E tak pergi kat dya..bantal busuk lagi merajok..alolo..so sekarang E dah nak tidur..gud nyte kacak,gud nyte cantik..have a nice dream..

XOXO : E =)

Tuesday, 17 December 2013

Charity with KPO..such a sweet moment between us

As usual,Assalamualaikum and hai,

Korang semua sihat??Alhamdullillah E sihat,hopefully korang pon sihat dan dilimpahkan rezeki oleh Allah S.W.T..Btw,tujuan E mengupdate entry E  kali ni adalah untuk berkongsi cerita yang tak dapat E lupakan sepanjang E berada di teratak kediaman Nenek Spora iaitu nenek kepada cikgu E iaitu Cikgu Norliza Md Lazim selaku guru Kadet Polis E semasa di sekolah menengah dahulu..bak kata pepatah,bagai isi dengan kuku,,E dengan cikgu E memang rapat sehinggakan selepas sekolah pon kitorang still contact each other..

first day iaitu hari Jumaat,kitorang bertolak ke Sungai Korok dengan menaiki trak Polis,seramai 18 orang kalau tak salah E yang join camping nie,yang dianggotai oleh ahli kadet Platun 1 dan kawan2 E as usual Nuha and Daq and of coz me..kazen Daq pon join jugak iaitu Izzati..


E and Daq,,hepy tak terkata


muka hepy naik trak, Izzati and Nuha

tengoklah muka hepy kitorang bila dapat naik trak..hahah..maklumla,,dah lama tak naik kot..last naik pon masa tingkatan 5 dulu..lama kan??cuma Fatin Amira ja tak ada kat sini..sebab dya naik moto..yela,,dah dya tak nak tinggalkan keja dya tu,,nak jugak balek..terpaksa la dya kena naik moto dya tuu..btw,,kitorang tetap hepy walaupun Atin tak dapat join kitorang untuk 3 hari 2 malam..korang perasan tak E hepy berbanding dengan sebelum nie masa E update entry semasa sebelum E pegi camping..yela,,sebab E terharu sangat,,ada jugak kawan2 E yang sanggup nak teman E pegi camp nie..thanks guys..sayang korang ketat2..

sesampai jer kitorang kat sana,,trak ada masalah,,tak boleh nak turun bukit,,hahah..mau menjerit kitorang dibuatnya..macam dah nak jatuh dalam sungai ja trak tu..hahaha..last2 terpaksa la kitorang turun jalan jaa sampai kat rumah nenek cikgu..den kitorang tinggalkan beg den terus menuju ke dapur..apa lagi,,masak laa..lapar2..hahah..ada yang kena potong ayam,sayur macam2 lagi laa..E kena potong sayur,fishcake,fishball...hepy sangat..ada jugak kena pasang khemah..


muka Daq yang kena potong ayam..dya memang dah berpengalaman buat keja nie..


together masak kat dapur..hapening jadinya..hahah

ada yang kena kikis cat sebab lepas masak kitorang kena cat rumah pulak..exited sangat buat charity sebab nie kali pertama E buat charity kat rumah orang..hahah..juadah hari first ialah mee goreng den tengah hari nasi ayam..yummy,,sedap sangat diorang masak..dah boleh kawen dah semua..hahah..lepas makan kitorang semua mula mengecat rumah..hasil dya cantik sangat..sory tak sempat nak snap gambar..


sedapkan nasi ayam..ada terliur tak..??hahah

sesudah ja kitorang menikmati juadah tu,,kitorang pergi round kat kampung cikgu..den pusing balek mandi sungai..tengok diorang mandi hepy sangat sebab E tak join,,takot air la katakan..hahah

  
hepy jer diorang mandi..jeles


tengok tuu,,kak long sempat buat kuak lentang lagi tau..ayoyo..


nie jer la kitorang mampu buat..hanya bergambar..hahah..

balek jer dari mandi sungai nie..bilik air apa lagi..jem terus..nak mandi kena ambil nombor..hahah..malam tu semua orang letih..semua pakat lepak dalam rumah,tengok tv,ada yang lepak dalam khemah..E sampai tertidur dalam rumah,,untung Nuha kejutkan,,barulah E bangun tidur dalam khemah..dalam khemah punyalah sendat sampai x muat kitorang tidur..nak bergerak pon tak boley..hahah..E la punya pasal,,tak dengar cakap kawan E..tak tidur arah yang betul..hahah..last2 E yang teruk..

Second day,as usual bangun pagi den dengan muka tak basuh lagi kitorang dah keluar jalan2 pergi pasar borong..hahah..ingatkan dekat jer pasar borong tu,tak sangka pulak jauh..hahah..terpaksa la patah balek..sampai kat khemah baru E perasan yang E tak bawa berus gigi..wuahhh..apa lagi..tak kan E tak gosok gigi kot,,tolonglaa..terpaksa la pesan kat cikgu suruh beli berus gigi..untungla Nuha ingatkan E suruh cikgu beli kebetulan cikgu nak pegi pasar borong..

aktiviti kitorang untuk second day pulak,as usual masak..menu hari ni nasi lemak..sedap dap dap...den kitorang belajar buat kek..nak tau tak kek apa kitorang belajar buat ?? senang ja nak buat kek nie..Marie Cheese Cake and Moist Chocholate Cake..yummy...

  
nie la Marie Cheese Cake..sedap ouh..cikgu yang ajar buat..


nie pulak Moist Chocholate Cake..sedap dap dap..awesome


kak teh pon pandai buat tau..

sebelah petang pulak kitorang bergotong royong dekat halaman rumah..ada yang tolong carikan kayu untuk camp fire sebelah malam,ada jugak yang tolong cikgu masak untuk malam BBQ..selepas selesai semua,,kitorang semua get ready untuk BBQ time..menu malam tu adalah ayam,ikan,isi ketam,sosej,kek,bihun singapore dan last one is nasi goreng planta..semangat gila E makan malam tu..hahah..naik kenyang tahap gaban dah..lepas selesai makan,kitorang berkumpul untuk satu aktiviti iaitu camp fire..permainan true and dare memang menguji mental and fizikal kitorang..hahah..terkena pulak turn E,diorang suruh E buat Gwiyomi..malu kot..hahah..by hook or by crook E tetap kena buat jugak..terpaksa laa..nak buat macam mana lagi..hahah..sabar je laa..untung la sat jaa,,,hahaha..Daq pon kena jugak..Nuha kena last minit..tak aci sungguh..hurh..




muka tengah exited untuk aktiviti malam..

hepy sat jaa,,lepas tu E dengan kawan2 kena kemas semuanya..yang lain semua ikut cikgu pergi hantar Farhanis dengan Farah sebab diorang ada hal sebelah esoknya..semua berjalan dengan lancar..kitorang selesai jugak kemas semua..den apa lagi..masa untuk tidur,,heheh..kitorang cup dulu untuk tidur dalam rumah for second night sebab penat sangat..

besok pagi pulak merupakan hari terakhir kitorang kat sana sebelum menuju balek ke rumah masing2..banyak pengalaman yang tak dapat E lupakan sepangjang bersama diorang,,nenek cikgu pon baik sangat..cikgu lagi laa..hahah..apa2 pon..life must go on..selepas ja sarapan,kitorang bertolak balek Alor Setar..

to my frens Nuha,Daq,Atin Mira..thanks sangat sebab sudi jugak join aktiviti nie..daripada kita buat benda tak berfaedah,,lebih baik kita buat charity..ada jugak faedahnya..kan??lain kali kalau E ajak nak ikut tak??hahah

oke laa..nanti E update lagi..ada hal..bye guys..semoga terhibur baca entry E kali nie..

XOXO : E =)

Wednesday, 11 December 2013

Where The Others ???

Assalamualaikum

sedang ja korang baca entry E kali nie,tolong setkan mata korang agar tak menitiskan air mata..
bukan tujuan E nak update entry yang drama macam nie..tapi ni la hakikatnya perasaan yang sedang E rasa sekarang..

E sedang hadapi masalah sekarang nie..E tak ada kawan untuk join E pergi camping dengan cikgu E..E dah try tanya semua kawan2 E yang lain..as usual,,diorang semua ada hal yang tak boleh dielakkan..what can i do??nampak gayanya terpaksa la E pergi sorang2 without friendssss...

tak dinafikan jugak,betapa sedihnya hati E sekarang nie,hanya Allah ja yang tahu..it's okay..lagipon E dah biasa dengan semua nie..memang E dilahirkan macam nie.. ALONE.. berapa banyak kawan yang E ada,semuanya ada hal..macam tahu2 ja kan??yang betol2 ada hal tu x pa la..tapi yg sebaliknya tu macam nak berdalih plak..apa salah E sampai diorang nak tipu macam tuu??

when diorang needs E,,pandai2 pulak diorang baik2 ngan E..time E needs diorang,,mana diorang semua??sob sob :'( btw,E harap sangat camping E nie as happy as yg E harapkan..lagipon E plan camping nie dapat la E luangkan masa dengan kawan2 E..nak tenangkan fikiran..tup2 tambah stress lagi ada laa..nasib2..

so,macam yang E cakap tadi..E memang banyak kawan tapi E tak jumpa lagi SAHABAT..mention that !!! i'm so sorry..kepada budak2 KPO Platun 1,,hopefully korang still macam dulu..gila2 den hapening..qempang tu of cos laa..hahah..jangan hampakan E sudahla..

Akhir kata,semoga Allah permudahkan segala urusan E.. InsyaAllah Amin..

XOXO : E =)

Monday, 25 November 2013

Saya Benci Perpisahan

Assalamualaikum and hye sahabat..

macam mana cuti korang??best x??even tak sampai sebulan kita bercuti sekolah right??but  mesti yg dah plan or dah pon pergi melancong kan?? #banyak pulak soalan E kan??again!!!! hahah..pandai2 lah korang jawab..hee

first of all,,sapa kat sini yang dah alami hari2 terakhir kat sekolah??dah tak akan pergi belajar kat sekolah lagi dah i mean dah tamat zaman persekolahan macam E nie haa..dah tamat STPM yeayy.. #happy la sangat..hee

mesti korang pon akan alami benda yang sama macam E sedang alami sekarang..for the second time perpisahan dengan kawan2 and cikgu2..too bad!!!i hate this feeling..gonna cry right now!!sobsob ='(
tak suka kan3? #again >?<

bukan senang kita nak lupakan saat2 suka duka pahit manis kita bersama kawan2 and cikgu2 kat sekolah yang dapat kita lupakan macam tu saja..right? #again by hook or by crook kita semua pasti akan alami juga perpisahan tak kira la semasa kita hidup mahupun meninggal ( mati ).

okay,,next my story morry..listen listen listen..when i'm talking u listen..hahah
sebelum E start bercuti sekolah,,E telahpun menduduki peperiksaan terakhir bagi STPM iaitu STPM Penggal 3..hopefully E and kawan2 dapat result yang gempak,,InsyaAllah..doakan yah..

yang sedihnya,,kitorang 1 kelas tak sempat nak adakan jamuan akhir tahun..terlalu banyak even sampai even yang 1 tu boleh pulak kitorang abaikan..hurh..dah la last okay lastttttt..too bad!! tapi yang pastinya..setiap kenangan kita tak dapat aku lupakan..forever PRA U 3B..i love u alls damn much..SARANGHAE !!!


saat terakhir hepy bersama kawan2..daebak ( hebat ) !!!

tak dinafikan jugak,,berat hati ni nak tinggalkan sekolah..however,SMKSA tetap di hati E untuk selamanya...sayang kawan2 and cikgu2 especially cikgu Supiah,cikgu Barishah,cikgu Norliza dan cikgu Abu Hassan yang telah mengajar E selama setahun setengah nie..kamsa hamida ( terima kasih )

SITUASI LEPAS SEKOLAH / SEMASA CUTI !!!

bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn hanya Allah ja yang tau...hukhuk..tatau nak buat apa..susah nak cari kerja zaman sekarang nie..mau sabar jaa..hampir satu hari keluar cari kerja tapi still loadingggg......thanks to my dad because susah payah nak sponsor diri jadi driver E and kawan2 untuk cari kerja..lucky day for Mastura because hari tu dya dapat kerja..tu pon lepas E and Mas sekali lag keluar pegi ke Giant untuk survey kerja,,tatau pulak senang dapat kerja kat sana..kalau x seawal subuh lagi dah terpacak kat sana..hahah..

that's FATE..but E still loadinggggg..sapa memerlukan khidmat pekerja??E nak kerja kat korang boleh??serius okay..i'm not joking right now!! baru E sedar,,kenapalah ramai sangat penganggur kat Malaysia nie..rupa-rupanya susah nak dapatkan kerja zaman sekarang..belum lepasan U lagi.. #percaya akan konsep REZEKI dari ALLAH..mungkin E tak dak rezeki lagi kot..sabar je laa...

kerja2 jugak..finally FOEVA bergabung walaupun tanpa Dilah..so sad..but next time kita bergabung lagi okay..such a sweet moment.. #rindu okayyy..


we are FOEVA !!!

okay..that's the end of my entry for this time..nak layan Running Man jap..jom...bye peeps..Wassalam

Monday, 4 November 2013

Exam Is Around The Corner

Assalamualaikum guys =)

for your information,,hari Khamis nie merupakan hari pertama peperiksaan STPM penggal 3..
tak lupa juga,,adek2 form 5 yang ambek SPM pada hari Rabu nie,,gud luck guys..
and to me,,semoga dapat menjawab soalan peperiksaan nanti dengan hati yang tenang dan dipermudahkan segala urusan dari-Nya..Amin..

dengan angka giliran SK0302 / 1036, E bakal menduduki peperiksaan yang terakhir sepanjang E bersekolah iaitu STPM Penggal 3 yang akan berlangsung tak lama lagi..tipu la kalau E cakap E tak takut kan..Ya Allah takut gila nie..makan pon tak kenyang dah..mandi pon tak basah dah..tidur apa lagi la kan..tak lena dah.. =( hopefully semuanya berjalan dengan lancarlah..InsyaAllah..

exam berlangsung selama 3 hari jaa..that's this Thursday and next Wednesday and Thursday..Khamis nie paper Pengajian Am 3 and Rabu minggu depan paper Bahasa Melayu 3 and Pengajian Perniagaan 3,Khamis pulak paper last iaitu paper Sejarah 3..hurh..baru lega rasanya kalau dah jawab paper Sejarah 3..hihihi

So,apa2 pon..wish me luck guys..to all my frens Reena,Mas,Atin,Una,Nuha,Ella,Fath and ramai lagi laa...i wish u all the best..Hwaiting 3 !!!

XOXO : E =)