Tuesday, 15 July 2014

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum umat Islam sekalian..ingat E lagi tak??alaa,,budak yang comel2 tu laa,,heheh..gurau je kay..sekadar menghilangkan mengantuk korang malam2 nie..korang sihat tak??macam mana puasa korang??cukup??bagi yang perempuan tu E faham..kita kan istimewa..tapi jangan jadikannya sebagai satu alasan untuk kita tak berpuasa pulak tau??ingat tuu..pesanan ikhlas sesama Islam juga untuk diri sendiri..

So,,apa korang buat masa bulan puasa nie??hope korang tak buat benda2 'laqa' sudahlah..'laqa' means 'perkara yang sia-sia'..jom kongsi dengan E aktiviti korang masa bulan Ramadhan nie..okay..E senang hati nak kongsi dengan korang nie..hopefully korang ambil nie sebagai tips okay??

First sekali..apakah maksud puasa??
Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Syarat-syarat wajib puasa?
1. Islam
2. Baliqh (sampai umur)
3. Berakal
4. Tidak uzur syarie

Tidak sama tau dengan syarat-syarat SAH puasa..syarat SAH puasa ialah :-
1. Islam
2. Berakal
3. Mumayyiz
4. Suci daripada haid dan nifas
5. Niat pada waktu malam bagi puasa fardhu
6. Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
7. Puasa pada hari yang diharuskan

Korang mesti nak tau kan,,perkara-perkara yang membatalkan puasa??nie E nak habaq mai..
1. Muntah dengan sengaja
2. Pengsan atau mabuk sepanjang hari
3. Bersalin
4. Memasukkan sesuatu (objek) ke dalam rongga tubuh badan yang terbuka dengan sengaja
5. Keluar haid atau nifas
6. Gila walaupun sekejap
7. Mengeluarkan mani dengan sengaja
8. Berbuka sebelum yakin masuk waktu
9. Bersetubuh pada siang hari
10. Makan dan minum dengan sengaja
11. Murtad (keluar dari Islam)

So,apa yang kita boleh buat semasa bulan Ramadhan??
1. Tilawah Al-Quran
2. Solat tarawih
3. Sedekah
4. Qiamullail
5. Iktikaf di masjid

Bila kita sebut tentang Ramadhan..apa yang istimewanya bulan Ramadhan nie ehh??haa,,meh E nak habaq kat hampa semua..bulan Ramadhan nie yang istimewanya sebab dalam bulan nie ada malam Lailatul-Qadar iaitu setiap ibadat yang dilakukan pada malam ini adalah lebih baik daripada ibadat seribu bulan..pada malam ini juga,,para malaikat turun ke muka bumi untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba Allah yang beribadat kepadaNya..antara fadilat malam tersebut ialah doa kita akan diperkenankan dan dosa kita juga turut diampunkan serta pahala juga akan berganda..InsyaAllah..Malam Lailatul-Qadar juga istimewa kerana pada malam tersebutlah Al-Quran juga diturunkan..

So,,E harap sangat segala info yang E dah kongsikan nie dapat membantu korang dalam menjalani ibadah puasa kay..jangan tinggal puasa tau..kalau boleh perbanyakkan amalan-amalan sunat seperti bersedekah dan tolong orang-orang yang memerlukan..kalau boleh jangan membazir semasa berada di bazar Ramadhan..Al maklumlah..kita sebagai manusia selalu jer tamak..tambah2 dengan makanan,,langsung tak berkira,,asalkan hati senang dapat makan..kalau boleh tu controlkan sikit yah..elakkan juga daripada tidur sepanjang hari..kalau nak tidur pon dalam setengah jam sudah laa..sekadar 'nap'..okay..perbanyakkan berzikir kepada Allah..itu lagi afdal..okaylah..E harap korang dapat jadikan entry E kali nie sebagai tips korang kay..

Rujukan : Jaguh PMR

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
MARHABAN YA RAMADHAN

No comments:

Post a Comment